Tuesday, October 23, 2007

Kari Sotong

Ingredients:
1 lb squid (cleaned)
1 tomato (cut into wedges)
1 can coconut milk (5.6 oz. can)
4 hard-boiled eggs (shell peeled)
4 tablespoons Baba's fish curry powder
1 teaspoon spice mix (halba,biji sawi,jintan putih & jintan manis )
1 sprig curry leaves (discard the stem)
2 cups water
2 tablespoons cooking oil
4 bawang merah (sliced thinly)
1 tablespoon chili oil
Salt to taste

Method:

Clean the squid and set aside. Heat up a pot with the cooking
oil and saute the shallots. As soon as you smell the shallots
aroma, add in the squid, curry powder, curry leaves, spice
seeds, and tomato wedges. Quick stir for 1 minute and dish
out the squid and set aside (to prevent over cooking the squid).
Add coconut milk,hard-boiled eggs, and water and bring the
curry to boil for 8 minutes. Add the squid back in and quick
boil for 1-2 minutes (before they shrink in size). Add chili oil
and salt to taste. Serve hot with steamed rice.

-----------------------------------------------------
Source : Rasa Malaysia

Monday, October 22, 2007

Ikan Goreng Bersos Nyonya

Bahan-Bahan

600 – 700 gm kerapu hitam
5 sudu besar jus limau nipis
6 batang cili merah
4 batang cili padi merah
1 sudu besar belacan atau serbuk belacan
2 ulas bawang merah kecil
1 biji buah keras
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum
Gula melaka Garam
Minyak
Tepong jagung
Daun ketumbar

Cara Cara
Bersihkan ikan dan keluarkan ususnya. Kelarkan di kedua-dua
bahagian ikan. Taburkan dengan sedikit garam dan lada sulah
serta sedikit tepong jagung. Panaskan minyak secukupnya
di dalam kuali. Masukkan ikan dan goreng di atas bahang api
yang panas selama seminit dua.Kecilkan api kepada bahang yang
sederhana dan goreng ikan sehingga ia rangup dan bertukar
menjadi kuning keemasan. Kemudian angkat dan tapiskannya
di atas kertas. Kisarkan cili merah, cili padi merah, bawang merah
kecil, belacan dan buah keras beserta sedikit air. Panaskan kuali
bersama 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan yang telah
dikisar tadi beserta jus limau nipis di atas api yang bahangnya
rendah sehingga wangi dan minyak mula naik. Tambahkan pula
sos cili, sos plum beserta gula melaka dan garam secukup rasa dan
biarkan ia selama tiga hingga empat minit. Tuangkan sos tersebut
di atas ikan goreng tadi dan hidangkannya segera bersama taburan
daun ketumbar di atasnya.

---------------------------------------------------------------

Sumber : Chef Skuter - Asian Food Channel

Sambal Telor

3 eggs (boil and then fried)
2 tablespoons chilli paste
4 shallots ~ pounded
2 garlic ~ pounded
A bit of tamarind juice
1 tablespoon sugar
Salt to taste
Onion ~ sliced
Cooking oil

Method :
Heat oil and add in chillie paste. Fry till fragrant. Add the pounded
shallots and garlic. Continue frying. Add tamarind juice and stir.
If the sambal is a bit dry, add a bit of water. Add sugar, salt and eggs.
When you are about to off the fire, put in the sliced onion.
-------------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari Mrs. Janssens

Kacang Buncis Goreng & Pedal Ayam

Bahan-bahannya :
150 gram kacang buncis
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji cili merah (dimayang)
Beberapa ketul mempedal ayam
3 sudu besar minyak kelapa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar tomato sos
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Mempedal ayam dipotong kecil. Setelah dibersihkan masukkan
ia kedalam kuali. Bubuhkan sedikit garam dan masaklah hingga
kering.Setelah itu masukkan minyak dan gorengkan sekejap.
Masukkan pula, semua bahan-bahan yang lain. Gorengkan lagi.
Setelah kacang buncis empuk bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

-------------------------------------------------------------

Kangkung Goreng Belacan

Bahan-Bahan:

600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
5 tangkai cili merah - tumbuk
6 ulas bawang putih - tumbuk
6 biji bawang merah - tumbuk
1 cm belacan - tumbuk
50 gm udang kering - tumbuk

Cara:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling / tumbuk
hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi
hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

----------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari Mrs. Janssens - http://mrsjanssens2005.multiply.com/

Udang Goreng Kentang

300gm udang (digaul bersama kunyit dan garam)
2 biji kentang- dipotong nipis
1 biji bawang besar- dimayang

Cara membuat:

Panaskan minyak . Goreng kentang sehingga masak. Jangan
garing sangat. Keluarkan lebihan minyak. Tinggalkan lebih kurang
4 sudu besar minyak je dalam kuali. Masukkan udang dan bawang
kedalam kuali yang mengandungi kentang. Goreng sampai udang masak.
------------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari Mrs Janssens - mrsjanssens2005.multiply.com

Saturday, October 20, 2007

Kari Tulang

Comments : Kari Tulang Helli ni sedap dimakan dengan ikan kurau
masin berlada, resipi dari Asmah Laili .. pergh nyaman sekali .....
kari tulang ni kalau makan dengan mee pun sedap .

1kg tulang lembu (seelok2nya rusuk) - rebus hingga dagingnya
lembut & airnya hampir kering

3-4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia (tumbuk bawang2 & halia)
bunga lawang, cengkih anggaran sejemput
1 btg serai - diketuk
2 paket kecil rempah kari daging - jadikan pes

Santan dari 2/3 biji kelapa jadikan 2 cawan - rasa2 mcm
ada orang konfius la dgn 2/3 ni.. dua pertiga dari sebiji
kelapa ye.. bukan 2 atau 3 biji

sedikit air asam jawa
beberapa biji tomato & daun kari (optional)
minyak utk menumis
garam secukup rasa
satu sudu makan gula

Cara :

Tumis bahan2 yg ditumbuk beserta bunga cengkih, lawang
& serai sehingga naik bau/ agak kekuningan masukkan rempah
kari biarkan sehingga naik minyak. Guna api perlahan supaya
tidak mudah hangit masukkan air asam jawa, garam & gula
masukkan tulang yg telah direbus kacau rata masukkan santan
renih-didihkan masukkan tomato yg dipotong/ daun kari renihkan
sebentar siap *kalau terlalu berminyak, kurangkan minyak semasa
menumis/ buang minyak yg bergenang pada kuah sblm dihidangkan.

------------------------------------------------------------------

Resipi & gambar dari hellikonia - yt5486.fotopages.com

Thursday, October 18, 2007

Zesty Lemon Chicken

3/4 pound chicken breast, cut into 1-inch cubes
1 tablespoon vegetable oil
1 teaspoon butter
2 cloves garlic, thinly sliced
1 stalk lemongrass, bottom 4-inches minced (about 1 tablespoon)
2 walnut-sized shallots, thinly sliced
1 lemon, zested

Marinade :
1 teaspoon cornstarch
2 teaspoons fish sauce

Sauce :
1/4 cup fresh lemon juice
1/4 cup chicken broth
1 tablespoon black pepper
1 tablespoon sugar
2 teaspoons cornstarch

Combine marinade ingredients in a bowl. Add chicken and
stir to coat. Let stand for 10 minutes.Combine sauce ingredients
in a small bowl; stir until sugar is dissolved.Place a stir-fry pan
over high heat until hot. Add oil and butter; stir until butter melts.
Add garlic, lemongrass, and cook; stirring, until fragrant, about
30 seconds. Add chicken and stir-fry, until it is cooked through,
about 4 minutes.Add sauce and bring to a boil while stirring, until
sauce thickens slightly. Add lemon zest and toss to evenly coat meat.

Serve.

------------------------------------------------------
Sumber : Martin Yan - sunkist.com

Tom Yam Fried Noodles

Ingredients
2 cm ginger
2 stalks lemon grass, sliced finely
2 cm galangal, minced
5 red chilli padies
2 Tom Yum cube, crushed
2 tablespoons QBB
4 tablespoons light soya sauce
2 stalks lemon grass, bruised
200 g shitake mushrooms
400 g rice vermicelli (soaked until soft and then boil for 2 minutes and rinse in cold water)
150 g beansprouts
2 firm beancurds, deep fried and diced
2 red chillies, seeded and julienned
150 ml freshly squeezed calamansi juice
4 kaffir lime leaves, finely shredded
2 sprigs coriander leaves, chopped

Method
Pound the first 5 ingredients until almost smooth.
Heat oil and saute the pounded ingredient till aromatic
and oil separates. Add in the shitake mushrooms and stir
fry till it become soft. Turn off the heat. Add in the vermicelli
and the beansprouts and mix well. Turn on heat and stir fry
till heated through. Add in the rest of the ingredients and mix well.
Serve immediately.

--------------------------------------------------------------------
Sumber : Chef Devagi - Asian Food Channel

Fried Long Beans with Egg

2 tablespoons oil
5 cloves garlic, pounded
5 shallots, pounded
2 red chillies, sliced
3 tablespoons dried prawns, soaked in water for 20 minutes and pounded
500 g long beans, cut into 2 cm pieces
1 teaspoon sugar
1 teaspoon salt
50 ml water
3 eggs, lightly beaten with pinch of salt

METHOD

Heat oil and saute the garlic, shallots, chillies and dried prawns
until very aromatic. Add in the long beans, sugar, salt and water.
Stir fry over high heat until long beans are cooked but still firm.
Push the long beans to the sides of the work and pour in the beaten
eggs. Cook over low heat until the egg is almost set. Push in the long
beans and stir fry over high heat until the egg is set.

--------------------------------------------------------------------

Sumber : Chef Devagi - ww.devagi.com

Stir Fried Beansprouts with Crispy Dried Fish


2 tablespoons oil
3 cloves garlic, minced
2 thin slices ginger
2 red chillies, seeded and cut into strips
500 g beansprouts
5 stalks spring onions, cut into 3 cm pieces
1 – 1 1/2 teaspoon salt
2 teaspoons sugar
1/2 teaspoon ground pepper
1 tablespoon fried onion
80 g salted dried fish, diced and fried till crispy

METHOD

Heat oil. Add in the minced garlic, ginger and chilli strips and
stir fry till fragrant. Add in the beansprouts, spring onion, salt,
sugar and pepper and stir fry over high heat until beansprout
is cooked through but still crunchy. Sprinkle with the fried onion
and fried fish bits before serving.
------------------------------------------------------------------------
Sumber : Chef Devagi - www.devagi.com

Sayur Asam

Bahan-Bahan
5 biji lada kering
1/2 cawan udang kering
2 biji bawang besar dikisar halus
2 biji bawang putih
1/8 belacan

Segenggam asam, diramas dengan 4 cawan air
atau lebih, dan ditapis

Sedikit isi ikan kurau, dihiris nipis
500 gram bende kecil
500 gram kacang panjang, dipotong 1/2 jari panjang
10 biji jagung kecil, dipotong bulat-bulat
1 biji tomato besar, belah 4
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Cara Cara
Tuang semua rempah kisar beserta air asam didalam
periuk dan didihkan. Jika terlalu pekat, tambah lagi air.
Setelah mendidih masukkan garam, gaul rata. Masukkan
semua sayur. Masak sampai sayurnya lembut. Rasa, jika
tawar, tambah garamnya. Jika perlu taburkan sedikit gula.
----------------------------------------------------
Sumber : Asmah laili - Asian Food Channel

Sambal Tebing

Bahan-Bahan
1/4 keping belacan, dibakar
1 sudu makan asam
6 biji lada padi, dihiris bulat-bulat
5 biji bawang kecil, dihiris nipis
3 hingga 4 biji limau kasturi

Cara Cara
Ramas belacan dan asam dengan sedikit air. Jika kurang
air tambah lagi. Setelah pekat dan sebati, masukkan lada padi
dan bawang kecil. Ramas sedikit. Gaul sehingg rata. Akhir sekali
perahkan air limau kasturi.
-----------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-Bahan
Segenggam lada padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan kicap
2 sudu makan gula
2 atau 3 biji limau kasturi, perah jusnya

Cara Cara
Lada padi dan bawang putih ditumbuk halus atau dikisar.
Setelah itu gaulkan dengan bahan-bahan lain.

Ikan Terubuk Bakar

Bahan-Bahan
1 ekor ikan terubuk, potong 2 - bersihkan, tetapi jangan dibuang
sisiknya. Lumurkan ikan dengan asam dan garam, cuci bersih dan
toskan

2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping aluminium foil
1 helai daun pisang
Sedikit garam

Cara Cara
Lumurkan ikan dengan lada serbuk, kunyit serbuk dan garam
sehingga rata. Ketepikan. Lapiskan foil dengan daun pisang.
Letakkan sekeping ikan, ditengah-tengah daun pisang. Bungkus.
Bakar dengan kepanasan 170 hingga 180 darjah sehingga masak.
Kemudian terbalikkan. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
Enak dimakan dengan nasi dan dicecah dengan SAMBAL TEBING
dan SAMBAL KICAP LADA PADI.

PANDUAN : Ikan ini boleh juga dibakar didalam kuali atau secara
tradisional diatas dapur arang.
--------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Ikan Kurau Berlada

Bahan-Bahan
300 gram ikan kurau kering, bahgian isinya sahaja, rendam
sehingga kurang rasa garamnya, kemudian tapis.

4 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang kecil, dirampai
3 biji bawang putih, dihiris
5 biji lada merah, dirampai, buang bijinya
5 biji lada hijau, dirampai, buang bijinya
1 batang serai, bahgian putihnya sahaja, dirampai
1 jari halia, dirampai
Beberapa biji cili padi kampong
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Cara
Ikan kurau digoreng, sehingga garing. Tetapi jangan goreng terlalu
garing. Minyak bekas menggoreng ikan tersebut, tidak boleh dipakai
lagi, dari itu, buang sahaja. Ikan kurau goreng, ditumbuk halus.
Ketepikan. Pastikan semua tulangnya dibuang. Tengekkan kuali
bersih diatas dapur.Tuang sedikit sahaja minyak kedalam kuali.
Setelah panas, tumis dahulu serai yang dirampai. Apabila wangi,
baru dimasukkan halia. Ini diikuti hirisan bawang besar, bawang
merah serta bawang putih. Kemudian masukkan lada hijau dan
merah. Balik-balikkan sehingga lembut dan garing Barulah
dimasukkan lada padi dan ikan kurau yang ditumbuk. Masak
sehingga lada padinya lembut sedikit. Gaul rata. Matikan api.
Setelah sejuk, masukkan kedalam botol dan simpanlah didalam
peti sejuk. Hidangan ini merupakan pembuka selera dan sesuai
dimakan dengan nasi, serta bubur nasi.
---------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Ayam Kicap Pak Said

BAHAN “A”
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg, cuci bersih potong 10 dan toskan
200 ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN “B”
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia, dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

BAHAN “C” - tumbuk halus semua
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan
goreng ayam, tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Tumbuk halus semua bahan “C.”Dengan mengunakan sedikit
minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan “B”
sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan “C”
(rempah tumbuk) dan tumis lagi sehingga naik aromanya.
Tuang kicap, air dan cuka. Gaul rata. Setelah mendidih,
barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan
dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Wednesday, October 17, 2007

Urap Kangkong & Tauge

Bahan-Bahan

1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa

Cara Cara Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut,
sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan.
Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur,
gaul rata dan terus matikan api.Kangkong di celur satengah
masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan
gaulkan dengan kangkong dan tauge.PANDUANUntuk
empelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang
panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur
atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.Urap ini juga
boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan
bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali
sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun
pisang.
--------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Ayam Panggang


1 ekor ayam,kira-kira 11/2kg hingga 2kg.Jangan buang kulit
1 buah pala,dikisar halus
1 sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar
2 sudu teh sos soya ringan
1 sudu teh sos soya gelap
Jus dari 1 biji limau
200g mentega,dicairkan
Garam

1 biji bawang, didadu kepada 4 bahagian
500g kentang kecil, dicuci
10 helai atau lebih brokoli, dicuci
2 biji kentang, dibelah dan direbus dengan kulitnya sehingga masak
2 biji tomato, didadu kepada 4 bahagian
Beberapa biji tomato ceri
Beberapa biji lobak merah kecil, dikukus jika suka
Beberapa helai kubis, dikukus jika suka

CARANYA

1. Cuci bersih ayam dan toskan airnya. Ratakan sedikit garam
di keseluruhan ayam dan di dalamnya.

2. Sediakan tin membakar yang cukup besar untuk memanggang
ayam dan kesemua sayuran. Alaskan tin membakar dengan foil
aluminium yang besar sedikit dari tin pembakar. Panaskan ketuhar
ke 180°C.

3. Campurkan sos-sos soya, jus limau, lada hitam dan buah pala
di dalam sebiji mangkuk untuk dijadikan bumbu. Ratakan pada ayam.
Tambah mentega dan bumbu ke bahagian dalam ayam. Biarkan ayam
itu terperap.

4. Balikkan ayam dan ikat kakinya dengan benang putih. Dengan cara
yang sama, ikat penghujung kepak ayam menggunakan benang putih.

5. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dengan belakangnya
tertiarap. Ratakan bumbu yang sisa kepada ayam itu. Ratakan
mentega ke keseluruhan ayam, terutamanya pada bahagian dalam
ayam.

6. Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan bunga
brokoli ke dalam ayam.

7. Letakkan beberapa biji kentang kecil di tepi dan bawah ayam. Hiasi
hidangan dengan tomato ceri, brokoli, tomato dan hirisan bawang.

8. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 30 minit. Balikkan ayam dan
bakar lagi selama 20 minit sehingga masak.

9. Keluarkan ayam dari ketuhar dan hiasi tepinya dengan lobak merah
kecil dan bunga kubis. Tambahkan sedikit garam pada ayam dan
sayuran dan bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 5 minit.
Hidangkan panas sendirian ataupun dengan roti bawang.
-----------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan ( 5 orang )

1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga
¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak
yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga.
Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang
putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan
lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit
dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng
dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan
daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
----------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Daging Masak Kicap Tok Jah

Comment : Resipi dari Hellikonia ni memang sedap . My whole family makan bertambah2.
Cuba.....jangan tak cuba .


1/2 kg daging batang pinang - di hiris lebar
(boleh juga dicampur dgn hati lembu jika suka..)

15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 camca teh jintan besar
1/2 camca teh jintan kecil
1 camca teh lada hitam
sedikit air asam jawa
garam
sedikit gula
2 biji bawang besar - dimayang melintang
kicap pekat

Cara:

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia,
lada hitam & jintan tumis . Tumis bahan yang dikisar,
selepas naik minyak, masukkan daging renihkan sebentar,
masukkan sedikit air asam jawa, garam & sedikit gula
masukkan kicap selepas daging masak, masukkan bawang
besar yg telah dimayang .

-------------------------------------------------------------------

Resipi & gambar diperoilihi dari Hellikonia - yt5486.fotopages.com

Udang Goreng Bercili

1/2 kg udang kertas dibuang janggutnya
1 labu bawang besar dihiris memanjang
2 ulas bawang putih dihiris
15 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
1 biji lada hijau dipotong serong
1 biji tomato dipotong bulat
Minyak untuk menggoreng
2 sudu gula pasir
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sepokok daun ketumbar untuk hiasan

Caranya:

Udang dilumurkan dengan garam dan kunyit dan digoreng
garing. Apabila telah garing, angkat udang tersebut dan toskan
minyaknya. Tumiskan lada kering tadi sehingga garing dan
kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah
dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah
dihiris tadi. Masukkan tomato yang dipotong bulat Masukkan
sedikit garam. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan
gaulkan rata. Hiaskan dengan daun ketumbar jika suka .

Semuga mendapat manafaat dari blog ini .

--------------------------------------------------------------------

Resipi & gambar diperolihi dari Maklang - teratakmaklang.fotopages.com

Tahu Lada Hitam

5 keping tauhu putih yang lembut
( boleh juga digantikan dengan tauhu Jepun)

1 labu bawang besar dipotong memanjang
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
1 biji tomato yang sedang dibelah 6
10 biji cendawan butang dibelah 4

½ sudu teh gula
4 sudu makan sos tiram
½ sudu teh minyak bijan (jika suka)
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng tauhu
Sedikit garam

Caranya:

Tauhu di potong empat dan digoreng tetapi jangan terlalu
garing. Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga garing.
Masukkan sos tiram, kacau kan dan kemudian masukkan air
dan bawang besar Masukkan cendawan butang dan biarkan
sebentar. Kacau rata Masukkan tomato buah dah gula,
garam dan tauhu yang telah digoreng. Kacau dan balik2kan
supaya kuah rata pada tauhu. Letakkan sedikit minyak bijan
jika mahu dan kacau rata. Dah siap…boleh diangkat dan
di makan.

-----------------------------------------------------------

Gambar & resipi dari Maklang - teratakmaklang.fotopages.com

Daging Tetel Masak Lemak Cili Api

Bahan
500 g tetel [daging cincang] - potong kecil dan rebus lembut
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
2 helai daun kunyit [koyakkan]
3 keping asam gelugor
garam - secukup rasa

Bahan Mesin

15 biji ciliapi [kalau nak pedas tambah lagi]
3 ulas bawang merah
3 cm kunyit hidup

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk
dan masakkan sehingga tetel betul-betul lembut.

2. Masukkan santan pekat dan biarkan sehingga mendideh.

3. Hidangkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Resipi & gambar diperolihi dari hanieliza.fotopags.com

Ketupat Daun Palas

1 kg beras pulut
500ml santan segar
3 sudu teh garam halus

Masukkan semua bahan dlm periuk & kacau atas api
perlahan hingga kering santannya. sejukkan sebelum
dibalut dgn daun palas. Bila dh siap balut, masukkan
semua ketupat ke dalam periuk yg dalam. tuang air
sehingga menutupi ketupat. Rebus atas api sederhana
sehingga airnya hampir kering. Keluarkan ketupat & toskan.
Buka balutan & sedia utk dimakan.

Nota : untuk pastikan pulut masak elok, buka 1 ketupat dulu
(yg paling besar, klu boleh). cuba rasa. klu pulut cam x berapa
masak - rebus je semula.


-----------------------------------------------------------------

Sumber : Anis - resipidotnet@yahoogroups.com

Monday, October 8, 2007

Ayam Goreng Mamak

1.5 kg ayam, dipotong
1½ camt jintan putih, disangai & ditumbuk
1 camt pes bawang putih
2 camt pes halia
½ camt serbuk kunyit
1 camb serbuk ketumbar
¼ camt serbuk lada hitam
1½ camb serbuk cili
2 camb puri tomato
2 camb tepung beras
Sedikit pewarna merah & oren jika suka
Garam secukupnya
3 pelepah daun kari
Minyak untuk menggoreng

Perap ayam dengan semua rempah dan garam selama 2 jam.
Balik-balikkan supaya rata rempahnya. Panaskan minyak, goreng
ayam dengan beberapa helai daun kari hingga masak. Angkat.
------------------------------------------------------------

Sumber : Puan Norzailina Nordin - www.resipizonalaf.com.my

Sunday, October 7, 2007

Rendang Ala Mamak

1kg daging batang pinang
4 camb rempah kari daging
2-3 camb pes cili
4 pelepah daun kari
2 batang serai, dititik
100 ml kicap manis
2 camb kicap pekat
4 camb sos cili
2 camb air asam jawa
4 camb kerisik
100 ml minyak
Air utk mengempukkan daging
Garam, gula secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
4 batang serai

Perap daging dengan air asam jawa dan separuh rempah kari
selama 1 jam.Panaskan minyak, goreng daging separuh masak.
Angkat. Tumiskan bahan kisar, baki rempah kari, pes cili, daun
kari dan serai hingga harum.Masukkan kicap, sos cili, air asam jawa
dan daging. Kacau hingga terbit minyak.Tuangkan air secukupnya
dan kacau sekali-sekala. Bila daging empuk, masukkan kerisik dan
kacau rata. Tambah garam dan gula. Masak lagi hingga pekat.
-------------------------------------------------------------------
Sumber : Puan Norzailina Nordin - www.resipizonalaf.com.my

Rendang Kerisik

600 gm daging batang pinang, dihiris nipis
10 ulas bawang merah, dihiris halus
120 ml minyak masak
2 camb air asam jawa pekat }
2-3 camb pes cili }

Bahan A
4 camb kicap manis}
1 camb kicap pekat }
2 camb gula merah }
air secukupnya (utk mengempuk daging)
1/2 kelapa parut, dibuat kerisek
garam secukupnya

Bahan Rempah:
1 camb jintan manis } disangai
2 camb ketumbar } & dikisar halus
1 1/2 camb jintan putih }

Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
2 batang serai

Di dalam kuali, jerang daging dengan bahan A, rempah dan bahan kisar.
Kacau atas api sederhana perlahan hingga daging empuk (tambah air mengikut
keperluan daging). Masukkan kerisik dan garam secukupnya. Bila kuah daging
bertambah pekat, panaskan minyak, goreng bawang merah hingga garing. Tuang
bawang dan minyak ke dalam daging tadi. Masak lagi hingga pekat.
---------------------------------------------------------------------
Sumber : Puan Norzailina Nordin - http://resipi.zonalaf.com.my

Rendang Kerang



Bahan-bahan
1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
2 sudu besar kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara Memasak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. Kacau sekali
sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu
lama nanti kerang akan liat. Angkat dan hidangkan.

---------------------------------------------------------------

Sumber : Hanieliza - http://www.cari.com.my/

Rendang Sotong


Bahan-bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara Memasak
Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. Kacau sekali
sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan
masukkan sedikit gula. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik
minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Angkat dan hidang.

---------------------------------------------------------------

Sumber : Hanieliza - http://www.cari.com.my/

Daging Masak & Kacang Panjang

Bahan-bahanya
200 grm daging batang pinang - di hiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 cm halia - dihiris-hiris batang mancis halus-halus
3 biji bawang puteh - dihiris-hiris
7 biji cili api - dihiris-hiris menyerong
3 biji cili merah - dihiris-hiris
6 batang kacang panjang - dipotong dalam 1½ inci
1 sudu tea serbuk kunyit
½ sudu makan sos ikan
½ sudu makan gula
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Basuh bersih daging lalu toskan. Panaskan kuali masukan minyak
lalu tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris bawang besar, halia,
cili merah dan cili api. Kacau hingga naik bau dan layur. Masukan
daging masakan dengan cepat. lalu masukan sos ikan gula, garam,
serbuk kunyit dan perasa. kacau rata dan bolehlah masukan kacang

============================================
Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com

Rendang Daging Berempah

Bahan-bahanya :

500 grm daging batang pinang - potong2
7 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang puteh - dikisar
9 tangkai cili kering - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 cm kunyit hidup - dikisar
1 sudu makan ketumbar - dikisar
1 sudu tea jintan manis - dikisar
1 sudu tea jintan puteh - dikisar
3 cawan santan pekat. - 120 grm kerisik
3 keping asam keping kecil- direndam sekejap lalu dihiris nipis
3 sudu tea gula timbang / melaka
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut

Cara-caranya
Potong daging bersihkan lalu ditos. Panaskan kuali masukan
daging tadi biarkan sehingga daging mengeluarkan jusnya sedikit
lalu bolehlah masukan pula bahan-bahan giling. Kacau seketika agar
rempah rata dan sebati dan biarkan jus daging sedikit kering.
Masukan pula garam, gula dan santan. Kacau rata dan gunakan api
yang kecil. Gunakan kaedah mereneh. Biarkan sehingga kuah pekat.
(Sekali sekala hendaklah dikacau agar tidak berkerak) Apabila kuah
sudah sedikit pekat nampak naik minyak, warna bertukar seakan coklat
kemerah-merahan dan daging sudah empuk boleh masukan pula kerisik
dan asam keping. Kacau rata lagi sehingga sebati. Akhir sekali siat-siatkan
sedikit daun limau purut agar berbau wangi. Lalu masukan ke dalam rendang
kacau rata. Biarkan dalam 2 - 3 minit lalu bolehlah padamkan api.
(Kemanisan mengikut suka anda dan pastikan juga kuah tidak terlalu kering) .
===========================================
Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com/

Kari Ayam Ala Rendang

Bahan-bahanya

5 ketul peha ayam
4 ketul kepak ayam
1 sudu tea perasa ayam
1 sudu tea Ketumbar - dikisar
½ sudu tea Jintan manis - dikisar
½ sudu tea Jintan Puteh - dikisar
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu tea garam secukupnya
1 sudu tea serbuk kunyit
11 batang cili api - dikisar
1 sudu tea Lada Hitam - dikisar
1 biji bawang puteh - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
3 - 5 sudu makan madu – ikut suka
5 sudu makan Gula Timbang
Minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut
½ helai daun kunyit - dihis halus
2 keping asam keping - direndam lalu dihiris halus
3 sudu tea kerisik

Cara-caranya
Masukan Ayam ke dalam mangkuk lalu lumurkan dengan rempah
kari, serbuk kunyit dan bahan giling perapkan dalam 15 - 30 minutes.
Panaskan kuali masukan minyak dalam 6 sudu makan lalu masukan
ayam yang telah diperap tadi dengan kesemua rempahnya kacau rata.
Biar sehingga ayam mengeluarkan jusnya dan sehingga ayam empuk
dan sebati serta naik minyak Setelah ayam empuk dan naik minyak
masukan gula dan garam serta perasa ayam. kacau rata tambahkan
sedikit air. Biarkan ianya sehingga kering sedikit lalu masukan kerisik.
Kacau rata dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak lagi,
masukan asam keping tadi kacau rata lagi. Masukan daun kunyit kacau rata
dan biarkan ianya
-------------------------------------------------------------------

Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com/

Daging Masak Lemak Cilli Api & Rebong

Bahan-bahanya

200 grm daging 100 grm rebung - dibasuh bersih direbus lalu ditoskan
23 biji cili api - ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup - ditumbuk bersama garam
1 batang serai - dititik
1½ cawan santan pekat
1 cawan airAsam keping secukupnya
Garam secukupnya

Cara-caranya
Panaskan kuali lalu masukan daging, kunyit ,cili api dan serai titik.
biarkan sehingga daging mengeluarkan jus kacau rata dan biarkan
jus sedikit kering. Masukan rebung yang telah direbus tadi dan kacau
rata lagi. Masukan 1 cawan air biarkan ianya mengelegak sekejap lalu
masukan santan kacau rata dan biarkan ianya mengelegak, mengeluarkan
minyak dan daging empuk. Gunakan kaedah merenih.Kacau sekali sekala
agar tidak pecah santan. Rasa kuahnya sekiranya kurang masin bolehlah
ditambah garam.
==============================================

Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com

Rendang Cilli Kering

Bahan-bahanya.:

500 grm daging batang pinang
25 batang cili kering - dibuang biji dan dikisar (mengikut kepedasan yang anda suka)
5 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang puteh - dikisar
1 inci halia - dikisar
½ inci lengkuas - dikisar
1 cm kunyit hidup
2 cawan santan pekat
60 grm kerisik
1 keping besar asam keping - direndam dan dihiris halus
1 batang serai - dihiris bulat-bulat dan halus
1 helai daun kunyit / daun limau purut - dihiris halus

Cara-caranya
Panaskan kuali lalu masukan daging yang telah dipotong-potong,
kemudian masukan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai.
Kacau rata biarkan sehingga daging mengeluarkan jus. Biarkan sehingga
daging kering. Kacau sekali sekala agar tidak berkerak. Masukan santan
kacau rata, gunakan api yang sederhana kacau sekali sekala. Masukan
garam dan perasa, kacau rata lagi. Biarkan sehingga daging empuk, kuah
pekat dan santan mengeluarkan minyak Masukan kerisik kacau rata biarkan
seketika lalu masukan asam keping yang telah dihiris-hiris tadi. Kacau lagi
hingga rata. Biarkan dalam 2-3 minutes. Masukan daun kunyit kacau rata.
Padamkan api dan rendang sedia untuk dihidang.

Perhatian :
Rendang cili padi sama sahaja cara membuatnya. Hanya cilinya yang
ditukar dari cili kering ke cili api. Manakala serai hendaklah dikisar sekali
tidak dihiris. Serta santan lebihkan sedikit.

-----------------------------------------------------

Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com

Rendang Daging Minang


1 kg daging (Potong dadu)
1 kg santan

Bahan A

15-18 Bawang merah - mesin
7 Ulas Bawang putih - mesin
1 Biji halia besar ibu jari kaki - mesin
1/2 Inci kunyit hidup - mesin
5 Hirisan lengkuas (setiap hirisan tu agak2 besar duit 50 sen ) - mesin
5 Batang serai - dititik
1 Senduk nasi cili kering
Segenggam Cili padi kampung
1 keping asam keping
Daun kunyitDaun limau purut

Cara2 :-

Masukkan daging dalam kuali bersama bahan A tadi. Masak dgn
api sederhana sehingga air daging kering. Masukkan santan. Bila
dah mengelegak, masukkan garam, 1/2 sd mkn gula. Bila dah hampir
nak masak baru masukkan asam keping, daun kunyit & daun limau
jika suka.

------------------------------------------------------------------

Sumber resipi dari Yume - http://www.cari.com.my/

Rendang Tok

Bahan

1 kg daging [potong sebesar3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
Daun kunyit [racik halus]
garam

Bahan2 di mesin

2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:

Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan kelapa
hiris dalam kuali. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat
dan naik minyak. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, kelapa
hiris dan kerisik. Kacau rata. Masakkan lagi sehinggan naik minyak
dan cukup pekat. Hidangkan.
-----------------------------------------------------
Sumber resipi - Kak Liza - www.cari.com.my

Rendang Ayam N9

Bahan2nya

1 ekor ayam dipotong sederhana
Pati santan dari 2 biji kelapa
50 ulas cili api
3 batang serai
3 buku kunyit hidup (dlm 2-3cm panjang)
Garam
Asam keping

Cara Membuatnya :

Mula2 basuh ayam tu & masukkan ke dalam kuali .
Tumbuk/blender cili api bersama kunyit hidup & gaulkan
bersama ayam tadi..Setelah digaulkan ayam tadi..jerangkan
di atas api sehingga air ayam tadi kering..masukkan 2-3 keping
asam keping & serai yg telah ditumbuk..setelah air ayam
kering..masukkan pati santan tadi & garam..kacau santan
tadi supaya jgn pecah santan tersebut..besarkan api..kacau
hingga menjadi kering..kemuduian kacau hingga terbit minyak
& pati santan tadi menjadi kehitam2an..kecilkan api tadi..bila
pati santan dah menjadi kehitam2an..padamkan api..bolehlah
dihidangkan & dimakan dgn nasi atau apa sahaja...rendang nie
boleh tahan selama seminggu..kalau kita kerapkan panaskan
lagi sedap rasanya
--------------------------------------------------------
Sumber resipi dari beeboy - www.cari.com.my

Saturday, October 6, 2007

Rendang Daging

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
garam

Bahan-Bahan dimesinkan :

15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih
yg diketukkan. Masukkan bahan mesin dan biarkan
sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan daging dan
kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah
mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan
mendidih dan agak pekat . Masukkan kerisik dan hirisan
daun kunyit. Biarkan sehingga naik minyak. Boleh dihidangkan
dengan nasi atau pulut atau roti saja..
---------------------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari Ka'Liza - http://www.cari.com.my/

Rendang Daging Dendang Perantau

Bahan-bahan: (utk 4-5 org)

700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
4 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit ket gula merah jika suka
minyak utk menumis

Bahan kisar:
Bahan2 hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)

15 tangkai cili kering
15-20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia3 cm
3 cmlengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 biji buah keras

Cara membuat:

Panaskan minyak tumiskan bahan kisar. Kacau hingga wangi
dan naik minyak. Masukkan daging, santan, kerisik dan asam
keping. Renehkan sambil sesekali kacau. Apabila hampir kering
masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula .
Bolehlah diangkat

-----------------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari Noormasri - http://www.cari.com.my/

Rendang Dendang Perantau 2 aka Rendang Ketupat

Bahan-bahan:

700 g daging} dipotong sederhana besar
2 biji kelapa } ambil santan pekat
2 sudu besar kerisik } lebih elok guna home made kerisik
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar:
(kisar hingga halus dgn sebahagian drp santan)

10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
2 cm halia2 batang serai (dimayang halus baru baling dlm blender)

Cara membuat:

Satukan daging dgn bahan kisar, kunyit serbuk dan asam keping .
Jerang atas dapur hingga daging kecut . Tuangkan santan biarkan
hampir kering . Masukkan garam, gula melaka diikuti kerisik dan
kacau hingga kering . Enak digandingkan bersama ketupat, nasi
impit atau lemang..dgn nasi putih pung enak juga

-------------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari Noormasri - http://www.cariy.com.my/

Ayam Masak Madu


6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 bunga lawang
2 btg serai-ketuk
8 sudu besar madu
4 sudu besar soso cili

Bahan kisar:-

1 cm halia
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji cili kering

Ayam digoreng dahulu. Panaskan minyak, tumis serai, kayu
manis dan bunga lawang. Masukkan bahan kisar hingga naik
bau. Masukkan sos cili dan madu. Akhir sekali masukkan ayam.
-----------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari yummylicious-jun.blogspot.com

Mushroom Goreng Bertelor



200gm mushroom shiitake-rendam n hiris
1 cm halia-hiris halus
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap cair
sedikit pepper
sedikit minyak bijan
minyak
2 biji telur-pukul sket
1 ulas bawang putih-kisar
garam

Campurkan telur dengan bawang putih kisar dengan garam.
Goreng jadi scramble egg dan angkat. Panaskan minyak bersama
sedikit minyak bijan, tumis halia, bawang merah n putih hingga
wangi. Masukkan mushroom, kacau. Masukkan sos tiram, kicap cair,
pepper dan telur tadi. Gaul rata n angkat.

---------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari yummylicious.jun.blogspot.com

Daging Masak Kicap Pedas

400gm daging-potong2
4 ulas bawang putih-kisar
8 biji bawang merah-kisar
2 sudu besar cili kering kisar
2 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap
2 sudu besar serbuk kari
air asam jawa sket
santan sket
garam n gula

Tumis bawang2 n cili kering. Masukkan serbuk kari dan
daun kari. Gaul hingga wangi. Masukkan air asam jawa.
Masukkan daging n bahan2 lain. Masak hingga daging empuk.

----------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari yummylicious-jun.blogspot.com

Sotong Bercili

600gm sotong1 bawang besar
4 keping halia
3 cili kering-potong 1cm
1 cili merah-potong
1 cili hijau capsicum-potong
1 sudu besar bawang putih cincang
minyak

Bahan perasa:-

2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh sos worcestershire
1 sudu teh kicap

Tumis cili kering dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halia, cili merah, capsicum dan
sotong. Kemudian masukkan bahan perasa dan kacau hingga
rata. hidangkan.
-------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari yummylicious-jun.blogspot.com

Sotong Bakar Kunyit


Ini resipi biasa aje..anak2 jun suka la makan ni.
Sebab x serabut ngan rencah2..heheh. kalu masak
ni kena ada air asam atau sambal kicap tu. ni pun
Jun suka masak sbb teramatla senang nyer..heee.
tak yah resipi la..ambik aje sotong, bersihkan, gaul
garam ngan kunyit..pastu bakar. Jangan bakar lama2
sangat sebab nanti sotong tu jadi ala2 plastik gitu..ekeke...
kat sini Jun makan dengan sambal kicap..pun senang nak buat...

Cara Jun:-

lada merah-hiris2cili api-hiris2
bawang merah kecil-hiris2
sedikit jus limau kasturi
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
belacan - optional
---------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari : yummylicious-jun.blogspot.com

Sotong Cili Hijau



200gm sotong
4 cili hijau -hiris
2 ulas bawang putih-ketuk
1 cm halia-ketuk
1 sudu besar kicap pekat manis
1 suud besar sos ikan
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pepper
air sket
minyak

Tumis bawang putih hingga wangi. masukkan halia n cili hijau.
Masukkan sotong, gaul rata. masukkan kicap, sos ikan, garam
n pepper serta air jika perlu. kacau lagi n angkat.
------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari : yummylicious-jun.blogspot.com

Sotong Tumis Halia


300gm sotong
5 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
2 cili hijau-hiris
5cm halia-hiris
2 sudu besar sos tomato
1 sudu makan kicap pekat manis
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu teh jus limau nipis
sedikit air (jika perlu)
minyak

Tumis bawang2, halia, n cili hijau. masukkan sotong, kacau.
masukkan sos tomato n kicap. Masukkan garam n gula.
Masukkan air (jika perlui) n jus limau. Kacau rata, agak
pekat, angkat.

------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari : yummylicious-jun.blogspot.com

Thursday, October 4, 2007

Cekodok Ranggup

Tepung gandum
Bawang merah tumbuk kasar
Ikan bilis tumbuk kasar
Daun sup atau saderi
Cili boh sikit kasi kaler skit
Garam

Gaul semua bahan pas tu curah air panas.. air mesti cukup panas..
biar air yang baru menggelegak.. pas tu gaul.. agak2 le sehingga
kita boleh bulat2 kan macam nak buat kuih buah melaka. jgn terlalu
lembik.

Petuanya.. celup tgn dlam air supaya tak melekat semasa membulatkan
cekodok...pas tu goreng sampai timbul.. cicah sambal belacan, sos atau tumis

--------------------------------------------------------------------
Sumber : Blackrose - cari.com.my

Cucur Maggie

1 pek mee maggie kari / cintan - hancurkan & celur sampai lembut dan toskan
1 mangkuk udang/ikan bilis lagi banyak lagi sedap
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 mangkuk tepung gandum
3 ulas cili beso dihiris nipis
1 sudu serbuk kari + perencah original kari
garam secukup rasa

Semua bahan dicampur macam buat cucor bawang..
Goreng dalam minyak yg panas.. angkat dan toskan
boleh lah dihidangkan sewaktu brekpes atau minum
waktu petang.. nyummmm sedap...
-------------------------------------------------------------------------------
Sumber : AssamBoi - cari.com.my

Wednesday, October 3, 2007

Bubur Lambok Sempoi

1 cawan beras
1 inci halia - ketul
1 sudu besar halba
1 sudu kecil lada putih ( tumbuk halus )
4 biji bawang merah - ketuk
se genggam udang kering ( tumbuk skit)
secawan isi udang basah
secawan daging (pejal) potong halus
2 cawan santan pekat ( kanji tak power kalau tak lemak!!!!...


Bahan tabur :

bawang merah secukupnya - hiris dan goreng garing
daun sup & daun bawang
cili merah di hiris halus ( belah 4 dan mayang halus)
telur masin - rebus belah 4

Rebus beras dengan 4 cawan air dan masukan halia, halba, lada putih,
bawang merah dan udang kering sampai beras kembang / air kering.
Tambah air sekali dengan udang basah dan daging - keep on merebus
sampai nasi tu kembang ikut suka hati kita la... Jangan lupa garam secukup
rasa ya.... Bila dah pueh hati, masuk le santan - biaq mendidih sat. Kacau selalu -
jangan bagi pecah minyak.Dah tu masuk jer dalm mangkuk dan tabur dengan semua
bahan tabur tu....


Nota :

Ni kanji yang paling simple - tak pakai minyak / rempah / tumis. Pakai rebus
jer... tak tau la sedap ke tak untuk orang lain....tapi lepas makan , InsyaAllah
angin kus-kus boleh kluar - penangan halia dan halba. Kalau nak bagi anak kecik
makan , kurangkan lada putih dalam rebusan. Kita nak makan nanti, sprinkel jer lada tu...

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Jamilah Rejab - resipidotnet.yahoogroups.com

Goreng Rampai Tempe

Bahan

1 bungkus tempe [potong kecil memanjang]
1 cawan ikan bilis kecil [bersihkan ]
1 cawan kacang tanah
3 buku kentang [potong panjang]
2 biji tahu keras
1 bungkus suhun [rendamkan dgn air dan toskan]
10 biji cili api [mayang panjang]
3 biji cili merah [mayang]
3 biji hijau [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
3 ulas bawang purh [mayang]
minyak

Cara :

Gorengkan semua kentang, tempe, ian bilis, kacang tanah, tahu
berasingan. Potong kecil tahu dan ketepikan. Panasakan sedikit
minyak dan tumiskan bawang putih sehinggan layu dan masukan
cili2 dan bawang besar. Masukkan tahu, kentang., tempe, kacang tanah,
suhun, ikan bilis dan gaul rata. Rasakan garam dan angkat dan hidangkan.
-----------------------------------------------------------------------
Sumber : Hanieliza - melayu.com

Masak Lemak Cilli Api Tempe & Pucuk Paku

Bahan

1 ikat pucuk paku
1 bungkus tempe
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit ikan bilis atau udang keringbahan

Mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara :-

Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
Tempe di potong kecil tetapi panjang. Masukkan semua bahan
kecuali santan cair dan masakkan sehingga mendideh. Bila dah
mendidih, masukkan santan peekat dan rasakan garam. Sentiasa
kacau supaya kuah tidak naik minya. Bila dah agak mendideh, tutup
api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.
------------------------------------------------------------------------

Sumber : Hanieliza - melayu.com

Sambal Goreng Tempe

1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang....]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing

Sambalnya...
1 cawan cili mesin
2 labu bawang besar }
2 ulas bawang putih } mesin
sedikit belacan..jika suka }
1 s/b cuka
minyak
garam gula

Cara memasak..

Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan
garam dan gula sikit. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan
ikan bilis, kentang dan tempe tadi. Gaul rata dan angkat dari kuali.
Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...
-----------------------------------------------------------------------
Sumber : Hanieliza - melayu.com

Sambal Goreng Ikan Bilis & Tempe & Kacang

Bahan-bahan:

150 g ikan bilis } digoreng garing
80 g kacang tanah } digoreng garing
200 gm (1 keping) tempe } dipotong nipis dan goreng garing
6 ulas bawang merah } ditumbuk
7 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula atau secukup rasagaram jika perlu
1 keping asam kepingminyak


Cara membuat:

Panaskan minyak secukupnya goreng ikan bilis sehingga garing
kemudian angkat. Goreng pula tempe hingga garing kemudian angkat
diikuti dgn kacang tanah digoreng sehingga garing.Keluarkan lebihan
minyak tinggalkan lebih kurang ? cawan , tumis cili kisar dan bawang
merah hingga garing dan naik minyak.Masukkan asam keping dan gula.
Masukkan ikan bilis, kacang tanah dan tempe.Kacau sekata, rasa dulu
jika perlu baru masukkan garam secukup rasa sebab ikan bilis dah
sememangnya masin.Kacau hingga sekata dan kering baru diangkat.
Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup.Ia tahan beberapa hari.

Nota: Pastikan minyak utk menumis mestilah cukup utk menghasilkan
sambal goreng yg cantik dan enak . JANGAN masukkan air jika tidak ikan
bilis dan bahan lain akan menjadi lemau.Ikan bilis tidak perlu dibasuh jika
tidak apabila digoreng ianya tidak akan garing/rangup, cukuplah sekadar
buang kepala dan perutnya.

-------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Noormasri - melayu.com

Goreng Sayur Kobis


Bahan

500 gm kobis manis [yg ada kelopak hijau muda sikit tu]
100 gm carrot [hiris kecil]
100 gm udang
sedikit air minyak
garam

Bahan Tumis [hiriskan]

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi..
Masukkan udang dan kacau sehingga masak. Masukkan sayuran,
air dan garam. Kacau rata. Bila sayur telah layu tutup api.
Hidangkan.
-------------------------------------------------------------------------
Sumber : Kak Liza - hanieliza.fotopages.com

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Bahan

500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 biji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 sudu besar minyak masak
3 cawan air
secubit gula & garam secukup rasa

Bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecik kunyit serbuk

Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga
mendideh. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga
mendidih lagi. Masukkan dan daun kesum. 5. Perlahankan api dan
biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut. Angkat dan hidangkan
bersama nasi putih.
---------------------------------------------------------------
Sumber : Kak Liza - hanieliza.fotopages.com

Masak Kicap Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:

500 gm ikan tenggiri
1/2 cawan kicap pekat manis
4 sudu besar sos tomato
1 cawan minyak
1 sudu besar kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan Hiris

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

Cara:

Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.
Gorengkan saperti biasa tetapi jangan garing. Keluarkan separuh
minyak dan masukkan bahan yg dihiriskan. Kacau rata. Masukkan
kicap, sos tomato dan kacau rata. Masukkan lada hitam dan gaulkan
rata. Rasakan garamnya. [selalunya takperlu masukkan garam] .
Tuangkan kuah atas ikan didalam pinggan dan hidangkan.
----------------------------------------------------------

Sumber : Kak Liza - hanieliza.fotopages.com

Daging Goreng


Bahan

500 daging batang pinang [hiris nipis]
100 gm kacang panjang [potong pendek]
1 cawan air
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Bahan Hiris

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang besar
3 cm halia

Cara

Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
Masukan daging, sos cili, kicap dan air. Kacau rata.
Biarkan sehingga daging lembut dan air kering.
Masukkan kacang panjang dan garam. Kacau rata dan biarkan
beberapa miniit. Masukkan cili dan bawang besar. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan dalam pinggan .
------------------------------------------------------------------

Sumber : Kak Liza - hanieliza.fotopages.com

Monday, October 1, 2007

Sotong Sumbat Berempah



Bahan-bahan

600 gm sotong
500 ml air (Jeni agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (Jeni guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar (Jeni guna 1 je takut pedas hehe)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit - Jeni tambah sendiri


Cara Membuatnya
Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga
rata. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau
hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi.
Ketepikan. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan
baki bawang dan cili hingga berbau. Masukkan rempah kari dan cili kisar.
Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk
lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat.
Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat.
Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu.

Tutupkan api.

--------------------------------------------------------------------

Sumber : Variasi Maskan Utara, Norzailina Nordin
Gambar : Jeni Mokhtar - resipidotnet@yahoogroups.com


Rendang ala Mamak

1 kg daging batang pinang
4 camb rempah kari daging
2-3 camb pes cili
4 pelepah daun kari
2 batang serai, dititik
100 ml kicap manis
2 camb kicap pekat
4 camb sos cili
2 camb air asam jawa
4 camb kerisik
100 ml minyak
Air utk mengempukkan daging
Garam, gula secukup rasa

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
4 batang serai

Perap daging dengan air asam jawa dan separuh rempahkari
selama 1 jam. Panaskan minyak, goreng daging separuhmasak.
Angkat. Tumiskan bahan kisar, baki rempah kari, pes cili,daun kari
dan serai hingga harum. Masukkan kicap, sos cili, air asamjawa dan
daging. Kacau hingga terbit minyak. Tuangkan air secukupnyadan
kacau sekali-sekala. Bila daging empuk, masukkan kerisik dan kacaurata.
Tambah garam dan gula. Masak lagi hingga pekat.

-----------------------------------------------------------------

Sumber : alaf21.com.my

Kailan Seafood

2 batang kailan
2 ekor sotong - potong cincin
udang secukupnya - buang kepala
1 biji bawang merah - dihiris
1 ulas besar bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - potong serong
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang hingga sedikit layu.
Masukkan cili, udang dan sotong. Kacau sedikit kemudian campakkan kailan,
gaul rata. boleh tambah air jika mau berkuah. Perasakan garam. siap.

--------------------------------------------------------------------------

Sumber : Penyulawa - resipidotnet@yahoogroups.com

Asam Pedas Ikan Patin Bunga Kantan

1 ekor ikan patin - dipotong2
bunga kantan - dipotong serong
serai - diketuk
cili kering - direndam
biji bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
perahan asam jawa
air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis

Cuci ikan dengan air asam jawa. Ketepikan.
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik bau
dan terbit minyak. Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan air dan perahan
asam jawa. Biar mendidih dan ikan masak. Masukkan bunga kantan. Perasakan
dengan garam. Biarkan ia mereneh selama 15 minit, matikan api.
Siap utk dihidang.
-------------------------------------------------------------------------
Sumber : Penyulawa - resipidotnet@yahoogroups.com

Sunday, September 30, 2007

Daging Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

Daging yang telah dihiris nipis (seelok2nya daging btg pinang)
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Cili api secukup pedas
Serai
Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Tumbuk cili padi, garam dan kunyit.
Kecutkan daging, dengan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
(Kecutkan tu sifu kata rebus tapi menggunakan air yang sedikit sahaja,
agak-agak sehingga daging bertukar warna).
Kemudian masukkan santan cair.
Setelah mendidih masukkan santan pekat. Setelah masuk santan pekat,
jangan masak lama sangat nanti pecah minyak pula dia.
Siap.

----------------------------------------------------------------------------
Sumber : Lynn Sham - resipidotnet@yahoogroups.com

Biskut Sandy Keju


A.

120 gm butter
80 gm gula kastor
¼ sudu teh garam
40 gm cheddar cheese - diparut halus
1 Sudu besar bawang goreng - ramas

B.

100 gm tepong gandum
60 gm tepong naik sendiri
¼ Sudu teh soda bicarbonate
40 gm tepong gandum
40 gm cheese cracker kisar (brand pringles)

Hiasan : merah telur / badam cincang/ cheddar cheese

1. Sebatikan butter, gula kastor & garam .
2. Masukkan semua jenis tepung dan cheese cracker .
3. Masukkan keju parut dan bawang goreng, kacau sebentar .
4. Canai dan terap dengan acuan .

Nota:

Optional: boleh letak ¼ paprika..jika suka
Hiasan: baya letak cheese diatas cookies :).
-----------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Wannoorbaya - resipidotnet@yahoogroups.com

Irish Cookies

A.
180 gm butter
130 gm gula kastor
20 gm shortening
1 biji kuning telor
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh esen coffee
½ sudu teh baking powder

B.

200 gm tepong gandum
100 gm tepong ubi
40 gm nestum (kisar kasar)

Hiasan : Putih telur – Sapuan ,badam flakes dihancurkan dan chocolate rice .


P/s= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.


Sebatikan semua bahan A.
Lalu masukkan bahan B .

Canaikan dan terap . Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flakes
dan chocolate rice .

Nota:Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar .

--------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Wannoorbaya - resipidotnet.yahoogroups.com

Biskut Suji Berkacang

A.
150 gm butter
100 gm minyak sapi
120 gm gula kastor
1 sudu besar mentega kacang

B.
200 gm tepong suji / somalina (kisar halus)
200 gm tepong naik sendiri
100 gm tepong gandum
½ sudu teh garam

Hiasan : kuning telur dan kacang tanah kisar

1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan semua bahan B dan uli lembut .
3. Canai dan terap, sapukan kuning telur dan taburkan kacang.
-------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Wannoorbaya - resipidotnet@yahoogroups.com