Bahan
500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 biji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 sudu besar minyak masak
3 cawan air
secubit gula & garam secukup rasa
Bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecik kunyit serbuk
Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga
mendideh. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga
mendidih lagi. Masukkan dan daun kesum. 5. Perlahankan api dan
biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut. Angkat dan hidangkan
bersama nasi putih.
---------------------------------------------------------------
Sumber : Kak Liza - hanieliza.fotopages.com
No comments:
Post a Comment