Sunday, October 7, 2007

Rendang Kerang



Bahan-bahan
1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
2 sudu besar kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara Memasak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. Kacau sekali
sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu
lama nanti kerang akan liat. Angkat dan hidangkan.

---------------------------------------------------------------

Sumber : Hanieliza - http://www.cari.com.my/