Sunday, October 7, 2007

Rendang Ayam N9

Bahan2nya

1 ekor ayam dipotong sederhana
Pati santan dari 2 biji kelapa
50 ulas cili api
3 batang serai
3 buku kunyit hidup (dlm 2-3cm panjang)
Garam
Asam keping

Cara Membuatnya :

Mula2 basuh ayam tu & masukkan ke dalam kuali .
Tumbuk/blender cili api bersama kunyit hidup & gaulkan
bersama ayam tadi..Setelah digaulkan ayam tadi..jerangkan
di atas api sehingga air ayam tadi kering..masukkan 2-3 keping
asam keping & serai yg telah ditumbuk..setelah air ayam
kering..masukkan pati santan tadi & garam..kacau santan
tadi supaya jgn pecah santan tersebut..besarkan api..kacau
hingga menjadi kering..kemuduian kacau hingga terbit minyak
& pati santan tadi menjadi kehitam2an..kecilkan api tadi..bila
pati santan dah menjadi kehitam2an..padamkan api..bolehlah
dihidangkan & dimakan dgn nasi atau apa sahaja...rendang nie
boleh tahan selama seminggu..kalau kita kerapkan panaskan
lagi sedap rasanya
--------------------------------------------------------
Sumber resipi dari beeboy - www.cari.com.my