Sunday, September 30, 2007

Daging Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

Daging yang telah dihiris nipis (seelok2nya daging btg pinang)
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Cili api secukup pedas
Serai
Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Tumbuk cili padi, garam dan kunyit.
Kecutkan daging, dengan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
(Kecutkan tu sifu kata rebus tapi menggunakan air yang sedikit sahaja,
agak-agak sehingga daging bertukar warna).
Kemudian masukkan santan cair.
Setelah mendidih masukkan santan pekat. Setelah masuk santan pekat,
jangan masak lama sangat nanti pecah minyak pula dia.
Siap.

----------------------------------------------------------------------------
Sumber : Lynn Sham - resipidotnet@yahoogroups.com

No comments: