Saturday, October 6, 2007

Rendang Daging

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
garam

Bahan-Bahan dimesinkan :

15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih
yg diketukkan. Masukkan bahan mesin dan biarkan
sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan daging dan
kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah
mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan
mendidih dan agak pekat . Masukkan kerisik dan hirisan
daun kunyit. Biarkan sehingga naik minyak. Boleh dihidangkan
dengan nasi atau pulut atau roti saja..
---------------------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari Ka'Liza - http://www.cari.com.my/