Bahan-Bahan
300 gram ikan kurau kering, bahgian isinya sahaja, rendam
sehingga kurang rasa garamnya, kemudian tapis.
4 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang kecil, dirampai
3 biji bawang putih, dihiris
5 biji lada merah, dirampai, buang bijinya
5 biji lada hijau, dirampai, buang bijinya
1 batang serai, bahgian putihnya sahaja, dirampai
1 jari halia, dirampai
Beberapa biji cili padi kampong
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara Cara
Ikan kurau digoreng, sehingga garing. Tetapi jangan goreng terlalu
garing. Minyak bekas menggoreng ikan tersebut, tidak boleh dipakai
lagi, dari itu, buang sahaja. Ikan kurau goreng, ditumbuk halus.
Ketepikan. Pastikan semua tulangnya dibuang. Tengekkan kuali
bersih diatas dapur.Tuang sedikit sahaja minyak kedalam kuali.
Setelah panas, tumis dahulu serai yang dirampai. Apabila wangi,
baru dimasukkan halia. Ini diikuti hirisan bawang besar, bawang
merah serta bawang putih. Kemudian masukkan lada hijau dan
merah. Balik-balikkan sehingga lembut dan garing Barulah
dimasukkan lada padi dan ikan kurau yang ditumbuk. Masak
sehingga lada padinya lembut sedikit. Gaul rata. Matikan api.
Setelah sejuk, masukkan kedalam botol dan simpanlah didalam
peti sejuk. Hidangan ini merupakan pembuka selera dan sesuai
dimakan dengan nasi, serta bubur nasi.
---------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel