Bahan
1 kg daging [potong sebesar3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
Daun kunyit [racik halus]
garam
Bahan2 di mesin
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara:
Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan kelapa
hiris dalam kuali. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat
dan naik minyak. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, kelapa
hiris dan kerisik. Kacau rata. Masakkan lagi sehinggan naik minyak
dan cukup pekat. Hidangkan.
-----------------------------------------------------
Sumber resipi - Kak Liza - www.cari.com.my