Wednesday, October 17, 2007

Tahu Lada Hitam

5 keping tauhu putih yang lembut
( boleh juga digantikan dengan tauhu Jepun)

1 labu bawang besar dipotong memanjang
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
1 biji tomato yang sedang dibelah 6
10 biji cendawan butang dibelah 4

½ sudu teh gula
4 sudu makan sos tiram
½ sudu teh minyak bijan (jika suka)
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng tauhu
Sedikit garam

Caranya:

Tauhu di potong empat dan digoreng tetapi jangan terlalu
garing. Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga garing.
Masukkan sos tiram, kacau kan dan kemudian masukkan air
dan bawang besar Masukkan cendawan butang dan biarkan
sebentar. Kacau rata Masukkan tomato buah dah gula,
garam dan tauhu yang telah digoreng. Kacau dan balik2kan
supaya kuah rata pada tauhu. Letakkan sedikit minyak bijan
jika mahu dan kacau rata. Dah siap…boleh diangkat dan
di makan.

-----------------------------------------------------------

Gambar & resipi dari Maklang - teratakmaklang.fotopages.com