Wednesday, October 17, 2007

Urap Kangkong & Tauge

Bahan-Bahan

1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa

Cara Cara Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut,
sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan.
Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur,
gaul rata dan terus matikan api.Kangkong di celur satengah
masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan
gaulkan dengan kangkong dan tauge.PANDUANUntuk
empelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang
panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur
atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.Urap ini juga
boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan
bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali
sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun
pisang.
--------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili