Bahan-bahanya.:
500 grm daging batang pinang
25 batang cili kering - dibuang biji dan dikisar (mengikut kepedasan yang anda suka)
5 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang puteh - dikisar
1 inci halia - dikisar
½ inci lengkuas - dikisar
1 cm kunyit hidup
2 cawan santan pekat
60 grm kerisik
1 keping besar asam keping - direndam dan dihiris halus
1 batang serai - dihiris bulat-bulat dan halus
1 helai daun kunyit / daun limau purut - dihiris halus
Cara-caranya
Panaskan kuali lalu masukan daging yang telah dipotong-potong,
kemudian masukan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai.
Kacau rata biarkan sehingga daging mengeluarkan jus. Biarkan sehingga
daging kering. Kacau sekali sekala agar tidak berkerak. Masukan santan
kacau rata, gunakan api yang sederhana kacau sekali sekala. Masukan
garam dan perasa, kacau rata lagi. Biarkan sehingga daging empuk, kuah
pekat dan santan mengeluarkan minyak Masukan kerisik kacau rata biarkan
seketika lalu masukan asam keping yang telah dihiris-hiris tadi. Kacau lagi
hingga rata. Biarkan dalam 2-3 minutes. Masukan daun kunyit kacau rata.
Padamkan api dan rendang sedia untuk dihidang.
Perhatian :
Rendang cili padi sama sahaja cara membuatnya. Hanya cilinya yang
ditukar dari cili kering ke cili api. Manakala serai hendaklah dikisar sekali
tidak dihiris. Serta santan lebihkan sedikit.
-----------------------------------------------------
Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com
Sunday, October 7, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment