Sunday, October 7, 2007

Daging Masak Lemak Cilli Api & Rebong

Bahan-bahanya

200 grm daging 100 grm rebung - dibasuh bersih direbus lalu ditoskan
23 biji cili api - ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup - ditumbuk bersama garam
1 batang serai - dititik
1½ cawan santan pekat
1 cawan airAsam keping secukupnya
Garam secukupnya

Cara-caranya
Panaskan kuali lalu masukan daging, kunyit ,cili api dan serai titik.
biarkan sehingga daging mengeluarkan jus kacau rata dan biarkan
jus sedikit kering. Masukan rebung yang telah direbus tadi dan kacau
rata lagi. Masukan 1 cawan air biarkan ianya mengelegak sekejap lalu
masukan santan kacau rata dan biarkan ianya mengelegak, mengeluarkan
minyak dan daging empuk. Gunakan kaedah merenih.Kacau sekali sekala
agar tidak pecah santan. Rasa kuahnya sekiranya kurang masin bolehlah
ditambah garam.
==============================================

Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com