Bahan-bahanya :
500 grm daging batang pinang - potong2
7 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang puteh - dikisar
9 tangkai cili kering - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 cm kunyit hidup - dikisar
1 sudu makan ketumbar - dikisar
1 sudu tea jintan manis - dikisar
1 sudu tea jintan puteh - dikisar
3 cawan santan pekat. - 120 grm kerisik
3 keping asam keping kecil- direndam sekejap lalu dihiris nipis
3 sudu tea gula timbang / melaka
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut
Cara-caranya
Potong daging bersihkan lalu ditos. Panaskan kuali masukan
daging tadi biarkan sehingga daging mengeluarkan jusnya sedikit
lalu bolehlah masukan pula bahan-bahan giling. Kacau seketika agar
rempah rata dan sebati dan biarkan jus daging sedikit kering.
Masukan pula garam, gula dan santan. Kacau rata dan gunakan api
yang kecil. Gunakan kaedah mereneh. Biarkan sehingga kuah pekat.
(Sekali sekala hendaklah dikacau agar tidak berkerak) Apabila kuah
sudah sedikit pekat nampak naik minyak, warna bertukar seakan coklat
kemerah-merahan dan daging sudah empuk boleh masukan pula kerisik
dan asam keping. Kacau rata lagi sehingga sebati. Akhir sekali siat-siatkan
sedikit daun limau purut agar berbau wangi. Lalu masukan ke dalam rendang
kacau rata. Biarkan dalam 2 - 3 minit lalu bolehlah padamkan api.
(Kemanisan mengikut suka anda dan pastikan juga kuah tidak terlalu kering) .
===========================================
Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com/