Comments : Kari Tulang Helli ni sedap dimakan dengan ikan kurau
masin berlada, resipi dari Asmah Laili .. pergh nyaman sekali .....
kari tulang ni kalau makan dengan mee pun sedap .
1kg tulang lembu (seelok2nya rusuk) - rebus hingga dagingnya
lembut & airnya hampir kering
3-4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia (tumbuk bawang2 & halia)
bunga lawang, cengkih anggaran sejemput
1 btg serai - diketuk
2 paket kecil rempah kari daging - jadikan pes
Santan dari 2/3 biji kelapa jadikan 2 cawan - rasa2 mcm
ada orang konfius la dgn 2/3 ni.. dua pertiga dari sebiji
kelapa ye.. bukan 2 atau 3 biji
sedikit air asam jawa
beberapa biji tomato & daun kari (optional)
minyak utk menumis
garam secukup rasa
satu sudu makan gula
Cara :
Tumis bahan2 yg ditumbuk beserta bunga cengkih, lawang
& serai sehingga naik bau/ agak kekuningan masukkan rempah
kari biarkan sehingga naik minyak. Guna api perlahan supaya
tidak mudah hangit masukkan air asam jawa, garam & gula
masukkan tulang yg telah direbus kacau rata masukkan santan
renih-didihkan masukkan tomato yg dipotong/ daun kari renihkan
sebentar siap *kalau terlalu berminyak, kurangkan minyak semasa
menumis/ buang minyak yg bergenang pada kuah sblm dihidangkan.
------------------------------------------------------------------
Resipi & gambar dari hellikonia - yt5486.fotopages.com