Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, October 18, 2007

Zesty Lemon Chicken

3/4 pound chicken breast, cut into 1-inch cubes
1 tablespoon vegetable oil
1 teaspoon butter
2 cloves garlic, thinly sliced
1 stalk lemongrass, bottom 4-inches minced (about 1 tablespoon)
2 walnut-sized shallots, thinly sliced
1 lemon, zested

Marinade :
1 teaspoon cornstarch
2 teaspoons fish sauce

Sauce :
1/4 cup fresh lemon juice
1/4 cup chicken broth
1 tablespoon black pepper
1 tablespoon sugar
2 teaspoons cornstarch

Combine marinade ingredients in a bowl. Add chicken and
stir to coat. Let stand for 10 minutes.Combine sauce ingredients
in a small bowl; stir until sugar is dissolved.Place a stir-fry pan
over high heat until hot. Add oil and butter; stir until butter melts.
Add garlic, lemongrass, and cook; stirring, until fragrant, about
30 seconds. Add chicken and stir-fry, until it is cooked through,
about 4 minutes.Add sauce and bring to a boil while stirring, until
sauce thickens slightly. Add lemon zest and toss to evenly coat meat.

Serve.

------------------------------------------------------
Sumber : Martin Yan - sunkist.com

Ayam Kicap Pak Said

BAHAN “A”
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg, cuci bersih potong 10 dan toskan
200 ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN “B”
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia, dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

BAHAN “C” - tumbuk halus semua
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan
goreng ayam, tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Tumbuk halus semua bahan “C.”Dengan mengunakan sedikit
minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan “B”
sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan “C”
(rempah tumbuk) dan tumis lagi sehingga naik aromanya.
Tuang kicap, air dan cuka. Gaul rata. Setelah mendidih,
barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan
dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Wednesday, October 17, 2007

Ayam Panggang


1 ekor ayam,kira-kira 11/2kg hingga 2kg.Jangan buang kulit
1 buah pala,dikisar halus
1 sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar
2 sudu teh sos soya ringan
1 sudu teh sos soya gelap
Jus dari 1 biji limau
200g mentega,dicairkan
Garam

1 biji bawang, didadu kepada 4 bahagian
500g kentang kecil, dicuci
10 helai atau lebih brokoli, dicuci
2 biji kentang, dibelah dan direbus dengan kulitnya sehingga masak
2 biji tomato, didadu kepada 4 bahagian
Beberapa biji tomato ceri
Beberapa biji lobak merah kecil, dikukus jika suka
Beberapa helai kubis, dikukus jika suka

CARANYA

1. Cuci bersih ayam dan toskan airnya. Ratakan sedikit garam
di keseluruhan ayam dan di dalamnya.

2. Sediakan tin membakar yang cukup besar untuk memanggang
ayam dan kesemua sayuran. Alaskan tin membakar dengan foil
aluminium yang besar sedikit dari tin pembakar. Panaskan ketuhar
ke 180°C.

3. Campurkan sos-sos soya, jus limau, lada hitam dan buah pala
di dalam sebiji mangkuk untuk dijadikan bumbu. Ratakan pada ayam.
Tambah mentega dan bumbu ke bahagian dalam ayam. Biarkan ayam
itu terperap.

4. Balikkan ayam dan ikat kakinya dengan benang putih. Dengan cara
yang sama, ikat penghujung kepak ayam menggunakan benang putih.

5. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dengan belakangnya
tertiarap. Ratakan bumbu yang sisa kepada ayam itu. Ratakan
mentega ke keseluruhan ayam, terutamanya pada bahagian dalam
ayam.

6. Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan bunga
brokoli ke dalam ayam.

7. Letakkan beberapa biji kentang kecil di tepi dan bawah ayam. Hiasi
hidangan dengan tomato ceri, brokoli, tomato dan hirisan bawang.

8. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 30 minit. Balikkan ayam dan
bakar lagi selama 20 minit sehingga masak.

9. Keluarkan ayam dari ketuhar dan hiasi tepinya dengan lobak merah
kecil dan bunga kubis. Tambahkan sedikit garam pada ayam dan
sayuran dan bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 5 minit.
Hidangkan panas sendirian ataupun dengan roti bawang.
-----------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan ( 5 orang )

1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga
¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak
yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga.
Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang
putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan
lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit
dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng
dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan
daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
----------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Monday, October 8, 2007

Ayam Goreng Mamak

1.5 kg ayam, dipotong
1½ camt jintan putih, disangai & ditumbuk
1 camt pes bawang putih
2 camt pes halia
½ camt serbuk kunyit
1 camb serbuk ketumbar
¼ camt serbuk lada hitam
1½ camb serbuk cili
2 camb puri tomato
2 camb tepung beras
Sedikit pewarna merah & oren jika suka
Garam secukupnya
3 pelepah daun kari
Minyak untuk menggoreng

Perap ayam dengan semua rempah dan garam selama 2 jam.
Balik-balikkan supaya rata rempahnya. Panaskan minyak, goreng
ayam dengan beberapa helai daun kari hingga masak. Angkat.
------------------------------------------------------------

Sumber : Puan Norzailina Nordin - www.resipizonalaf.com.my

Sunday, October 7, 2007

Kari Ayam Ala Rendang

Bahan-bahanya

5 ketul peha ayam
4 ketul kepak ayam
1 sudu tea perasa ayam
1 sudu tea Ketumbar - dikisar
½ sudu tea Jintan manis - dikisar
½ sudu tea Jintan Puteh - dikisar
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu tea garam secukupnya
1 sudu tea serbuk kunyit
11 batang cili api - dikisar
1 sudu tea Lada Hitam - dikisar
1 biji bawang puteh - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
3 - 5 sudu makan madu – ikut suka
5 sudu makan Gula Timbang
Minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut
½ helai daun kunyit - dihis halus
2 keping asam keping - direndam lalu dihiris halus
3 sudu tea kerisik

Cara-caranya
Masukan Ayam ke dalam mangkuk lalu lumurkan dengan rempah
kari, serbuk kunyit dan bahan giling perapkan dalam 15 - 30 minutes.
Panaskan kuali masukan minyak dalam 6 sudu makan lalu masukan
ayam yang telah diperap tadi dengan kesemua rempahnya kacau rata.
Biar sehingga ayam mengeluarkan jusnya dan sehingga ayam empuk
dan sebati serta naik minyak Setelah ayam empuk dan naik minyak
masukan gula dan garam serta perasa ayam. kacau rata tambahkan
sedikit air. Biarkan ianya sehingga kering sedikit lalu masukan kerisik.
Kacau rata dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak lagi,
masukan asam keping tadi kacau rata lagi. Masukan daun kunyit kacau rata
dan biarkan ianya
-------------------------------------------------------------------

Sumber : http://cookingmarlina.wetpaint.com/

Saturday, October 6, 2007

Ayam Masak Madu


6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 bunga lawang
2 btg serai-ketuk
8 sudu besar madu
4 sudu besar soso cili

Bahan kisar:-

1 cm halia
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji cili kering

Ayam digoreng dahulu. Panaskan minyak, tumis serai, kayu
manis dan bunga lawang. Masukkan bahan kisar hingga naik
bau. Masukkan sos cili dan madu. Akhir sekali masukkan ayam.
-----------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari yummylicious-jun.blogspot.com