Tuesday, October 23, 2007

Kari Sotong

Ingredients:
1 lb squid (cleaned)
1 tomato (cut into wedges)
1 can coconut milk (5.6 oz. can)
4 hard-boiled eggs (shell peeled)
4 tablespoons Baba's fish curry powder
1 teaspoon spice mix (halba,biji sawi,jintan putih & jintan manis )
1 sprig curry leaves (discard the stem)
2 cups water
2 tablespoons cooking oil
4 bawang merah (sliced thinly)
1 tablespoon chili oil
Salt to taste

Method:

Clean the squid and set aside. Heat up a pot with the cooking
oil and saute the shallots. As soon as you smell the shallots
aroma, add in the squid, curry powder, curry leaves, spice
seeds, and tomato wedges. Quick stir for 1 minute and dish
out the squid and set aside (to prevent over cooking the squid).
Add coconut milk,hard-boiled eggs, and water and bring the
curry to boil for 8 minutes. Add the squid back in and quick
boil for 1-2 minutes (before they shrink in size). Add chili oil
and salt to taste. Serve hot with steamed rice.

-----------------------------------------------------
Source : Rasa Malaysia

Monday, October 22, 2007

Ikan Goreng Bersos Nyonya

Bahan-Bahan

600 – 700 gm kerapu hitam
5 sudu besar jus limau nipis
6 batang cili merah
4 batang cili padi merah
1 sudu besar belacan atau serbuk belacan
2 ulas bawang merah kecil
1 biji buah keras
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum
Gula melaka Garam
Minyak
Tepong jagung
Daun ketumbar

Cara Cara
Bersihkan ikan dan keluarkan ususnya. Kelarkan di kedua-dua
bahagian ikan. Taburkan dengan sedikit garam dan lada sulah
serta sedikit tepong jagung. Panaskan minyak secukupnya
di dalam kuali. Masukkan ikan dan goreng di atas bahang api
yang panas selama seminit dua.Kecilkan api kepada bahang yang
sederhana dan goreng ikan sehingga ia rangup dan bertukar
menjadi kuning keemasan. Kemudian angkat dan tapiskannya
di atas kertas. Kisarkan cili merah, cili padi merah, bawang merah
kecil, belacan dan buah keras beserta sedikit air. Panaskan kuali
bersama 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan yang telah
dikisar tadi beserta jus limau nipis di atas api yang bahangnya
rendah sehingga wangi dan minyak mula naik. Tambahkan pula
sos cili, sos plum beserta gula melaka dan garam secukup rasa dan
biarkan ia selama tiga hingga empat minit. Tuangkan sos tersebut
di atas ikan goreng tadi dan hidangkannya segera bersama taburan
daun ketumbar di atasnya.

---------------------------------------------------------------

Sumber : Chef Skuter - Asian Food Channel

Sambal Telor

3 eggs (boil and then fried)
2 tablespoons chilli paste
4 shallots ~ pounded
2 garlic ~ pounded
A bit of tamarind juice
1 tablespoon sugar
Salt to taste
Onion ~ sliced
Cooking oil

Method :
Heat oil and add in chillie paste. Fry till fragrant. Add the pounded
shallots and garlic. Continue frying. Add tamarind juice and stir.
If the sambal is a bit dry, add a bit of water. Add sugar, salt and eggs.
When you are about to off the fire, put in the sliced onion.
-------------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari Mrs. Janssens

Kacang Buncis Goreng & Pedal Ayam

Bahan-bahannya :
150 gram kacang buncis
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji cili merah (dimayang)
Beberapa ketul mempedal ayam
3 sudu besar minyak kelapa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar tomato sos
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Mempedal ayam dipotong kecil. Setelah dibersihkan masukkan
ia kedalam kuali. Bubuhkan sedikit garam dan masaklah hingga
kering.Setelah itu masukkan minyak dan gorengkan sekejap.
Masukkan pula, semua bahan-bahan yang lain. Gorengkan lagi.
Setelah kacang buncis empuk bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

-------------------------------------------------------------

Kangkung Goreng Belacan

Bahan-Bahan:

600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
5 tangkai cili merah - tumbuk
6 ulas bawang putih - tumbuk
6 biji bawang merah - tumbuk
1 cm belacan - tumbuk
50 gm udang kering - tumbuk

Cara:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling / tumbuk
hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi
hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

----------------------------------------------------------------

Sumber resipi & gambar dari Mrs. Janssens - http://mrsjanssens2005.multiply.com/

Udang Goreng Kentang

300gm udang (digaul bersama kunyit dan garam)
2 biji kentang- dipotong nipis
1 biji bawang besar- dimayang

Cara membuat:

Panaskan minyak . Goreng kentang sehingga masak. Jangan
garing sangat. Keluarkan lebihan minyak. Tinggalkan lebih kurang
4 sudu besar minyak je dalam kuali. Masukkan udang dan bawang
kedalam kuali yang mengandungi kentang. Goreng sampai udang masak.
------------------------------------------------------------------
Sumber resipi & gambar dari Mrs Janssens - mrsjanssens2005.multiply.com

Saturday, October 20, 2007

Kari Tulang

Comments : Kari Tulang Helli ni sedap dimakan dengan ikan kurau
masin berlada, resipi dari Asmah Laili .. pergh nyaman sekali .....
kari tulang ni kalau makan dengan mee pun sedap .

1kg tulang lembu (seelok2nya rusuk) - rebus hingga dagingnya
lembut & airnya hampir kering

3-4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia (tumbuk bawang2 & halia)
bunga lawang, cengkih anggaran sejemput
1 btg serai - diketuk
2 paket kecil rempah kari daging - jadikan pes

Santan dari 2/3 biji kelapa jadikan 2 cawan - rasa2 mcm
ada orang konfius la dgn 2/3 ni.. dua pertiga dari sebiji
kelapa ye.. bukan 2 atau 3 biji

sedikit air asam jawa
beberapa biji tomato & daun kari (optional)
minyak utk menumis
garam secukup rasa
satu sudu makan gula

Cara :

Tumis bahan2 yg ditumbuk beserta bunga cengkih, lawang
& serai sehingga naik bau/ agak kekuningan masukkan rempah
kari biarkan sehingga naik minyak. Guna api perlahan supaya
tidak mudah hangit masukkan air asam jawa, garam & gula
masukkan tulang yg telah direbus kacau rata masukkan santan
renih-didihkan masukkan tomato yg dipotong/ daun kari renihkan
sebentar siap *kalau terlalu berminyak, kurangkan minyak semasa
menumis/ buang minyak yg bergenang pada kuah sblm dihidangkan.

------------------------------------------------------------------

Resipi & gambar dari hellikonia - yt5486.fotopages.com

Thursday, October 18, 2007

Zesty Lemon Chicken

3/4 pound chicken breast, cut into 1-inch cubes
1 tablespoon vegetable oil
1 teaspoon butter
2 cloves garlic, thinly sliced
1 stalk lemongrass, bottom 4-inches minced (about 1 tablespoon)
2 walnut-sized shallots, thinly sliced
1 lemon, zested

Marinade :
1 teaspoon cornstarch
2 teaspoons fish sauce

Sauce :
1/4 cup fresh lemon juice
1/4 cup chicken broth
1 tablespoon black pepper
1 tablespoon sugar
2 teaspoons cornstarch

Combine marinade ingredients in a bowl. Add chicken and
stir to coat. Let stand for 10 minutes.Combine sauce ingredients
in a small bowl; stir until sugar is dissolved.Place a stir-fry pan
over high heat until hot. Add oil and butter; stir until butter melts.
Add garlic, lemongrass, and cook; stirring, until fragrant, about
30 seconds. Add chicken and stir-fry, until it is cooked through,
about 4 minutes.Add sauce and bring to a boil while stirring, until
sauce thickens slightly. Add lemon zest and toss to evenly coat meat.

Serve.

------------------------------------------------------
Sumber : Martin Yan - sunkist.com

Tom Yam Fried Noodles

Ingredients
2 cm ginger
2 stalks lemon grass, sliced finely
2 cm galangal, minced
5 red chilli padies
2 Tom Yum cube, crushed
2 tablespoons QBB
4 tablespoons light soya sauce
2 stalks lemon grass, bruised
200 g shitake mushrooms
400 g rice vermicelli (soaked until soft and then boil for 2 minutes and rinse in cold water)
150 g beansprouts
2 firm beancurds, deep fried and diced
2 red chillies, seeded and julienned
150 ml freshly squeezed calamansi juice
4 kaffir lime leaves, finely shredded
2 sprigs coriander leaves, chopped

Method
Pound the first 5 ingredients until almost smooth.
Heat oil and saute the pounded ingredient till aromatic
and oil separates. Add in the shitake mushrooms and stir
fry till it become soft. Turn off the heat. Add in the vermicelli
and the beansprouts and mix well. Turn on heat and stir fry
till heated through. Add in the rest of the ingredients and mix well.
Serve immediately.

--------------------------------------------------------------------
Sumber : Chef Devagi - Asian Food Channel

Fried Long Beans with Egg

2 tablespoons oil
5 cloves garlic, pounded
5 shallots, pounded
2 red chillies, sliced
3 tablespoons dried prawns, soaked in water for 20 minutes and pounded
500 g long beans, cut into 2 cm pieces
1 teaspoon sugar
1 teaspoon salt
50 ml water
3 eggs, lightly beaten with pinch of salt

METHOD

Heat oil and saute the garlic, shallots, chillies and dried prawns
until very aromatic. Add in the long beans, sugar, salt and water.
Stir fry over high heat until long beans are cooked but still firm.
Push the long beans to the sides of the work and pour in the beaten
eggs. Cook over low heat until the egg is almost set. Push in the long
beans and stir fry over high heat until the egg is set.

--------------------------------------------------------------------

Sumber : Chef Devagi - ww.devagi.com

Stir Fried Beansprouts with Crispy Dried Fish


2 tablespoons oil
3 cloves garlic, minced
2 thin slices ginger
2 red chillies, seeded and cut into strips
500 g beansprouts
5 stalks spring onions, cut into 3 cm pieces
1 – 1 1/2 teaspoon salt
2 teaspoons sugar
1/2 teaspoon ground pepper
1 tablespoon fried onion
80 g salted dried fish, diced and fried till crispy

METHOD

Heat oil. Add in the minced garlic, ginger and chilli strips and
stir fry till fragrant. Add in the beansprouts, spring onion, salt,
sugar and pepper and stir fry over high heat until beansprout
is cooked through but still crunchy. Sprinkle with the fried onion
and fried fish bits before serving.
------------------------------------------------------------------------
Sumber : Chef Devagi - www.devagi.com

Sayur Asam

Bahan-Bahan
5 biji lada kering
1/2 cawan udang kering
2 biji bawang besar dikisar halus
2 biji bawang putih
1/8 belacan

Segenggam asam, diramas dengan 4 cawan air
atau lebih, dan ditapis

Sedikit isi ikan kurau, dihiris nipis
500 gram bende kecil
500 gram kacang panjang, dipotong 1/2 jari panjang
10 biji jagung kecil, dipotong bulat-bulat
1 biji tomato besar, belah 4
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Cara Cara
Tuang semua rempah kisar beserta air asam didalam
periuk dan didihkan. Jika terlalu pekat, tambah lagi air.
Setelah mendidih masukkan garam, gaul rata. Masukkan
semua sayur. Masak sampai sayurnya lembut. Rasa, jika
tawar, tambah garamnya. Jika perlu taburkan sedikit gula.
----------------------------------------------------
Sumber : Asmah laili - Asian Food Channel

Sambal Tebing

Bahan-Bahan
1/4 keping belacan, dibakar
1 sudu makan asam
6 biji lada padi, dihiris bulat-bulat
5 biji bawang kecil, dihiris nipis
3 hingga 4 biji limau kasturi

Cara Cara
Ramas belacan dan asam dengan sedikit air. Jika kurang
air tambah lagi. Setelah pekat dan sebati, masukkan lada padi
dan bawang kecil. Ramas sedikit. Gaul sehingg rata. Akhir sekali
perahkan air limau kasturi.
-----------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-Bahan
Segenggam lada padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan kicap
2 sudu makan gula
2 atau 3 biji limau kasturi, perah jusnya

Cara Cara
Lada padi dan bawang putih ditumbuk halus atau dikisar.
Setelah itu gaulkan dengan bahan-bahan lain.

Ikan Terubuk Bakar

Bahan-Bahan
1 ekor ikan terubuk, potong 2 - bersihkan, tetapi jangan dibuang
sisiknya. Lumurkan ikan dengan asam dan garam, cuci bersih dan
toskan

2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping aluminium foil
1 helai daun pisang
Sedikit garam

Cara Cara
Lumurkan ikan dengan lada serbuk, kunyit serbuk dan garam
sehingga rata. Ketepikan. Lapiskan foil dengan daun pisang.
Letakkan sekeping ikan, ditengah-tengah daun pisang. Bungkus.
Bakar dengan kepanasan 170 hingga 180 darjah sehingga masak.
Kemudian terbalikkan. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
Enak dimakan dengan nasi dan dicecah dengan SAMBAL TEBING
dan SAMBAL KICAP LADA PADI.

PANDUAN : Ikan ini boleh juga dibakar didalam kuali atau secara
tradisional diatas dapur arang.
--------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Ikan Kurau Berlada

Bahan-Bahan
300 gram ikan kurau kering, bahgian isinya sahaja, rendam
sehingga kurang rasa garamnya, kemudian tapis.

4 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang kecil, dirampai
3 biji bawang putih, dihiris
5 biji lada merah, dirampai, buang bijinya
5 biji lada hijau, dirampai, buang bijinya
1 batang serai, bahgian putihnya sahaja, dirampai
1 jari halia, dirampai
Beberapa biji cili padi kampong
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Cara
Ikan kurau digoreng, sehingga garing. Tetapi jangan goreng terlalu
garing. Minyak bekas menggoreng ikan tersebut, tidak boleh dipakai
lagi, dari itu, buang sahaja. Ikan kurau goreng, ditumbuk halus.
Ketepikan. Pastikan semua tulangnya dibuang. Tengekkan kuali
bersih diatas dapur.Tuang sedikit sahaja minyak kedalam kuali.
Setelah panas, tumis dahulu serai yang dirampai. Apabila wangi,
baru dimasukkan halia. Ini diikuti hirisan bawang besar, bawang
merah serta bawang putih. Kemudian masukkan lada hijau dan
merah. Balik-balikkan sehingga lembut dan garing Barulah
dimasukkan lada padi dan ikan kurau yang ditumbuk. Masak
sehingga lada padinya lembut sedikit. Gaul rata. Matikan api.
Setelah sejuk, masukkan kedalam botol dan simpanlah didalam
peti sejuk. Hidangan ini merupakan pembuka selera dan sesuai
dimakan dengan nasi, serta bubur nasi.
---------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili - Asian Food Channel

Ayam Kicap Pak Said

BAHAN “A”
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg, cuci bersih potong 10 dan toskan
200 ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN “B”
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia, dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

BAHAN “C” - tumbuk halus semua
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan
goreng ayam, tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Tumbuk halus semua bahan “C.”Dengan mengunakan sedikit
minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan “B”
sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan “C”
(rempah tumbuk) dan tumis lagi sehingga naik aromanya.
Tuang kicap, air dan cuka. Gaul rata. Setelah mendidih,
barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan
dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Wednesday, October 17, 2007

Urap Kangkong & Tauge

Bahan-Bahan

1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa

Cara Cara Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut,
sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan.
Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur,
gaul rata dan terus matikan api.Kangkong di celur satengah
masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan
gaulkan dengan kangkong dan tauge.PANDUANUntuk
empelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang
panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur
atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.Urap ini juga
boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan
bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali
sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun
pisang.
--------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Ayam Panggang


1 ekor ayam,kira-kira 11/2kg hingga 2kg.Jangan buang kulit
1 buah pala,dikisar halus
1 sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar
2 sudu teh sos soya ringan
1 sudu teh sos soya gelap
Jus dari 1 biji limau
200g mentega,dicairkan
Garam

1 biji bawang, didadu kepada 4 bahagian
500g kentang kecil, dicuci
10 helai atau lebih brokoli, dicuci
2 biji kentang, dibelah dan direbus dengan kulitnya sehingga masak
2 biji tomato, didadu kepada 4 bahagian
Beberapa biji tomato ceri
Beberapa biji lobak merah kecil, dikukus jika suka
Beberapa helai kubis, dikukus jika suka

CARANYA

1. Cuci bersih ayam dan toskan airnya. Ratakan sedikit garam
di keseluruhan ayam dan di dalamnya.

2. Sediakan tin membakar yang cukup besar untuk memanggang
ayam dan kesemua sayuran. Alaskan tin membakar dengan foil
aluminium yang besar sedikit dari tin pembakar. Panaskan ketuhar
ke 180°C.

3. Campurkan sos-sos soya, jus limau, lada hitam dan buah pala
di dalam sebiji mangkuk untuk dijadikan bumbu. Ratakan pada ayam.
Tambah mentega dan bumbu ke bahagian dalam ayam. Biarkan ayam
itu terperap.

4. Balikkan ayam dan ikat kakinya dengan benang putih. Dengan cara
yang sama, ikat penghujung kepak ayam menggunakan benang putih.

5. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dengan belakangnya
tertiarap. Ratakan bumbu yang sisa kepada ayam itu. Ratakan
mentega ke keseluruhan ayam, terutamanya pada bahagian dalam
ayam.

6. Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan bunga
brokoli ke dalam ayam.

7. Letakkan beberapa biji kentang kecil di tepi dan bawah ayam. Hiasi
hidangan dengan tomato ceri, brokoli, tomato dan hirisan bawang.

8. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 30 minit. Balikkan ayam dan
bakar lagi selama 20 minit sehingga masak.

9. Keluarkan ayam dari ketuhar dan hiasi tepinya dengan lobak merah
kecil dan bunga kubis. Tambahkan sedikit garam pada ayam dan
sayuran dan bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 5 minit.
Hidangkan panas sendirian ataupun dengan roti bawang.
-----------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan ( 5 orang )

1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga
¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak
yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga.
Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang
putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan
lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit
dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng
dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan
daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
----------------------------------------------------------------
Sumber : Asmah Laili